Saturday, November 01, 2003

 





SUSHI DAN IKAN MASIN


ikan yang mentah
pelbagai potongannya
cicah wasabi


ikan yang segar
jemur bersama garam
banyak resepi


berlauk ikan
sushi dan ikan masin
mana shashimi
 


 
shashimi ialah hidangan ikan mentah yang popular di Jepun

Thursday, October 30, 2003

 




 BERINAI


berinai kecil
rasmikan pertunangan
merah di pipi


berinai besar
rasmikan perkahwinan
merah di hati


berinai rambut
rasmikan kematangan
memburu uban


 

 buat inaibak yg baru merasmikan blog inainya

Wednesday, October 29, 2003

 





RAMADAN DI OKINAWA


sebelum subuh
sahur berteman bento
cahaya iman


senja menghilang
berbuka dengan sushi
makan berkongsi


malam menjelang
tarawih satu juzuk
epal menanti